Jenayah siber dikenal pasti ancaman jenayah masa depan
Posted on november 3, 2010, wednesday
Ia dikhuatiri menular dengan pantas di semua negara membangun
KUALA LUMPUR: Jenayah siber yang melibatkan eksploitasi data dalam kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dikenal pasti sebagai ancaman jenayah pada masa depan.
Perkara itu dikenal pasti pada Persidangan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-13 yang berakhir semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur persidangan itu, Datuk Shahbudin Abd Wahab berkata ancaman terbabit dilihat menular dengan pantas melibatkan hampir kesemua negara membangun dan seterusnya mengancam keselamatan dunia sejagat.
“Daripada rumusan kami (perbincangan), ancaman jenayah pada masa depan melibatkan jenayah siber (ICT) di mana penjenayah dapat mengeksploitasi maklumat dengan cepat melalui laman web untuk menjalankan pelbagai jenayah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan persidangan itu di sini semalam.
Beliau yang juga Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata penjenayah moden mengambil kesempatan dalam kecanggihan ICT untuk mencuri identiti dan menggunakan maklumat peribadi seseorang untuk melakukan jenayah terancang seperti penipuan dan keganasan.
“Mereka ini diakui ‘amat profesional’ dalam mengendalikan jenayah menggunakan siber dan boleh mengeksploitasi data untuk kepentingan jenayah mereka.
“Sebaik sahaja mereka mengeksploitasi data dalam ICT, jenayah akan bermula dari satu jenayah kepada jenayah lain contohnya mencuri identiti, kemudian penipuan, dan lebih besar lagi seperti keganasan,” katanya.
Menurutnya jenayah ini telah mengubah persepsi ancaman yang dahulunya hanya berlaku di jalanan, namun kini boleh berlaku di dalam siber yang menuntut kesepakatan dan kerjasama antara peneraju ICT dan pihak berkuasa semua negara.
Tolong simpan nota penting dalam blog ini...dan update selalu
BalasPadamTahniah.... Blog ini adalah antara peserta Karnival ICT Sabak Bernam. Sila dapatkan AWARD dari link dibawah ini dan tampal di blog ini
BalasPadamhttp://cikguzailani.blogspot.com/2010/11/html-text-box.html